Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017 Online

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017 Online. Perhatian kepada pelajar Tingkatan Tiga (3) – PT3 tahun 2016. Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017 Online pengambilan sesi Januari akan dibuka pada 11 Oktober 2016. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 25 Disember 2016. Pemohon yang berminat memasuki KV dan SMT dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM berkaitan maklumat terkini kemasukan.

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017 Online

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2017 Online

[junkie-alert style=”red”] Nota * [/junkie-alert]

  • Menurut makluman Portal Rasmi KPM, permohonan kemasukan ke KV dan SMT 2017 secara online akan dibuka bermula dari 11 Oktober sehingga 25 Disember 2016
  • Syarat Kelayakan/ Kemasukan KV dan SMT : Klik SYARAT 2016

Program Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai Program yang ditawarkan pada sesi kemasukan lepas seperti berikut: 

A. Program Kolej Vokasional

Akan ditawarkan di :-

  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) – Auto Prima Technology SB, Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training, PPKS Ilmu Sdn. Bhd, JT Akademi Sdn. Bhd
  3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) – KKTM Masjid Tanah

B. Aliran  Teknikal

Ditawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik

C. Program Kemahiran

SEE ALSO  Permohonan UTHM Februari 2017 Online Second Intake

Program Sijil Kemahiran Malaysia di Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia dan WISDEC Sabah

Cara Memohon Secara Online

Pemohon boleh mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2017 : Klik https://sptv.moe.gov.my/ .

[junkie-alert style=”red”] Sila klik permohonan berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2016 [/junkie-alert]

A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  • PT3 : Pentaksiran Pusat
  • PS : Pentaksiran Sekolah
  • PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  • PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Klik PBS untuk memohon
  • Syarat Permohonan
  • Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA

B. Murid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

Syarat Umum Permohonan

  • i. Warganegara
  • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2016
  • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
  • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
SEE ALSO  Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di Alamat BPTV:

Aras 6, Blok E14, PARCEL E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. No. Telefon : Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Semakan Keputusan Permohonan KV Dan SMT 2017

Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my mulai 16 Januari hingga 22 Januari 2017. Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.

[junkie-alert style=”yellow”] Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 24 Januari sehingga 28 Februari 2017. [/junkie-alert]

Maklumat berkaitan Permohonan Kolej Vokasional Dan SMT 2017 Online ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Kepada pelajar PT3 2016 yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak secara rasmi oleh KPM.

SEE ALSO  Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*