Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Ambilan 2020 Dan 2021 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah kerajaan tahun 2020 dan 2021 nanti. Permohonan Murid Tahun 1 (Darjah 1) ambilan tahun 2020 dan 2021 akan dibuka secara Online (atas talian). Cara daftar permohonan dikongsikan di bawah ini untuk panduan.
Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia bermula dari 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM).
- Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan adalah melalui pendaftaran atas talian di applikasi sama seperti di Semenanjung Malaysia.
Permohonan Murid Tahun 1 Tahun 2020/ 2021 Online
Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM.
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)
- 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (Sesi persekolahan tahun 2021)
Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online
- Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2019
- Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
- Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
- Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ
- Maklumat yang perlu diisi :-
- Maklumat Prasekolah/ Tadika
- Rekod Imunisasi Murid
- Profil Kesihatan
Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online
Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
- Mencetak bukti permohonan
- Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
- Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2019
Senarai Dokumen
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Soalan Lazim
Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 Online :-
1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Permohonan Murid Tahun 1 Sabah, Sarawak Dan WP Labuan
Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan pendaftaran murid ke Tahun 1 adalah secara online bermula tahun 2018. Pendaftaran sebelum ini adalah melalui sekolah secara manual. Ibu bapa/ penjaga perlu hadir ke sekolah yang ingin dipohon untuk mengisi permohonan.
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-
E-mel: [email protected]
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.
E-mel : [email protected]
Rujukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik
- Senarai JPN Negeri Seluruh Malaysia
Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1
Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2019 boleh disemak secara online seperti tarikh berikut :-
- Tarikh semakan untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang adalah bermula dari (Akan dikemaskini)
- Untuk negeri-negeri lain yang tidak dinyatakan, semakan keputusan status permohonan boleh disemak pada (Akan dikemaskini)
- Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM. Panduan semakan klik Tahun 1
Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Permohonan Murid Tahun 1 2020/ 2021 Online. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.