Semak Baki Pinjaman PTPTN Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan Semak Baki Pinjaman PTPTN Online dan SMS untuk panduan peminjam semua. Membuat pembayaran balik menurut jadual adalah perlu bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukan pinjaman  semasa menyambung pengajian dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Terkini Oktober 2016 : Senarai insentif diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN (bajet 2017) klik DISKAUN

Semak Baki Pinjaman PTPTN Online

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan baki PTPTN secara online :-

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
    2. Hantarkan SMS ke 15888
SEE ALSO  Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2017 Online
Semak Baki Pinjaman PTPTN Online
semakan pinjaman ptptn online

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Apa Itu Pinjaman PTPTN?

Menurut Portal Rasmi PTPTN,  Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

  1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  2. Institut Teknologi MARA 1976 Act;
  3. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Act;
  4. Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
  5. Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi.
SEE ALSO  Semakan Keputusan USM 2016 Online

Kepada peminjam PTPTN, anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran balik pinjaman seperti yang telah ditetapkan bagi membolehkan rakan-rakan anda yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapatkan pinjaman pelajaran.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*