Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS. Bagaimana semak LPPSA baki pinjaman? Untuk makluman, penjawat awam/ kerajaan boleh membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online dan SMS. Kaedah semakan yang mudah ini dapat membantu kakitangan awam dalam mengetahui baki pinjaman mereka dan merancang pembayaran balik. Umum sedia maklum yang Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mulai 1 Januari 2016.

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan
Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online

Terdapat beberapa kaedah semakan yang boleh dimanfaatkan oleh kakitangan awam. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA secara Online Dan SMS.

1. Semakan Pinjaman LPPSA Online

Kaedah Semakan secara online adalah melalui Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Pengguna baru dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membuat semakan.

  • Pendaftaran boleh dibuat dengan mengklik DAFTAR BARU
  • Ikuti langkah dan isikan maklumat yang diperlukan

Pengguna yang telah mendaftar boleh mengakses perkhidmatan yang disedikan termasuk semakan status permohonan baru, status bayaran kemajuan, semakan status baki pinjaman, penyata tahunan, penghantaran hakmilik dan bayaran balik pinjaman.

  • Klik SEMAK
  • Isikan No KP dan Kata Laluan

2. Semakan Baki Pinjaman Melalui SMS

Kaedah semakan yang lain untuk mengetahui baki pinjaman adalah melalui khidmat SMS (mySMS 15888). Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan :-

  • Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh LPPSA BAKI 770311054786
Kemudian hantar SMS ke 15888

Maklumat lanjut semakan melalui SMS boleh dirujuk pada grafik dibawah ini.

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA melalui sms
Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA SMS

Mudah bukan. Diharapkan kaedah semakan yang disediakan ini dapat memudahkan lagi kakitangan kerajaan dalam membayar balik pinjaman perumahan mereka. Jom semak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*