Semakan CTOS Dan CCRIS Online

Cara Buat Semakan CTOS Dan CCRIS Online. Berikut dikongsikan cara buat Semakan CTOS Dan CCRIS Online. CTOS merupakan sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan setiap kali menerima permohonan bantuan kewangan daripada individu ataupun syarikat. CTOS kebiasaanya dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan dalam menilai risiko pemohon pinjaman panel. Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat kebankrapan.

Semakan CTOS Dan CCRIS Online
Semakan CTOS Dan CCRIS Online

Apa Itu Laporan Kredit?

Apabila anda memohon kemudahan kredit, bank-bank dan institusi kewangan akan merujuk kepada agensi pelaporan kredit seperti CTOS untuk mengesahkan status pemohon berkaitan dengan sejarah kredit anda. Laporan yang disediakan ini dapat membantu bank dalam menilai permohonan anda. Begitu juga, individu dan perniagaan boleh terus mendapatkan Laporan Kredit mereka daripada CTOS untuk menyemak dan memantau profil kredit mereka sendiri sebelum membuat permohonan terus ke bank dan sebagainya.

Semakan CTOS Dan CCRIS Online

CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam. Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.

Cara Dapatkan Laporan CTOS

Sekiranya anda ingin tahu samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman web CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna.:-

Setelah CTOS ID Pengguna diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa melalui Internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.

  1. Applikasi Smartphone apple store
  2. Applikasi Smartphone Versi Android Google Play

[junkie-alert style=”yellow”] Untuk makluman, Laporan CTOS anda adalah PERCUMA. Anda boleh membeli Laporan lengkap CTOS yang berharga RM25.00 jika tidak berpuashati dengan laporan kredit CTOS percuma. Pendaftaran CTOS juga adalah PERCUMA dan anda akan menerima laporan berikut yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut :- [/junkie-alert]

  1. Butir-butir peribadi anda termasuk Nama, Alamat dan sebagainya
  2. Maklumat SSM mengenai Pendaftaran syarikat, directorship dan sebagainya
  3. Butiran sejarah Litigation – rekod tindakan undang-undang semada sebagai defendan atau plaintiff
  4. Rujukan Perdagangan (Trade Referees)

Dengan membuat pendaftaran, anda akan memperolehi laporan seperti berikut :-

  1. Laporan MyCTOS kali Pertama adalah PERCUMA 
  2. 2 laporan MyCTOS PERCUMA yang dikemaskini setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai 
  3. Pemberitahuan PERCUMA untuk rekod tindakan undang-undang baru 

Selain itu, cara lain adalah dengan mengisi borang di Laman Web CTOS atau datang ke CTOS service centre di:

CTOS Sdn. Bhd 

Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite
Avenue 3, Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Personal Enquiries: 03-27228833
Business Enquiries: 03-27228882
(Mon-Fri 8:00am – 7:00pm)

Subscriber Helpline: 03-27228800
(Mon-Fri 8:00am – 7:00pm)

Laman web : http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/home.htm 

Soalan Lazim (FAQ) CTOS : http://www.ctoscredit.com.my/myctos-faq.html

Cara Semak CCRIS Online

CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di CCRIS

Permohonan Semakan Data CCRIS

Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di seperti berikut :-:

Ikuti langkah-langkah dan panduan seterusnya di laman web ini

Selamat membuat Semakan CTOS Dan CCRIS Online.

Sumber : Panduan Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*