Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 Terkini 2022. Berikut adalah Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini atau syarat kelayakan masuk Tingkatan Enam buat pelajar SPM dalam merancang halatuju selepas menduduki peperiksaan SPM. Selain Tingkatan 6, pelajar juga boleh memilih untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka ke program Matrikukasi, Diploma, Asasi, Ijazah Sarjana Muda dan banyak lagi termasuk program kemahiran.

  • Semakan Tawaran Tingkatan 6 tahun 2022 boleh dirujuk di Form 6 2022
  • Borang rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 2022 klik Rayuan Tingkatan 6
  • Syarat kemasukan tahun 2022 akan dikemaskini dari masa kesemasa

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Apakah Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini?

Untuk makluman, pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon tetapi perlu memenuhi syarat kemasukan untuk ditawarkan secara automatik.

Syarat Am

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022.

Syarat Khas

1. BIDANG SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan / Information And Communication Technology / Pengajian Agroteknologi
  • Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian

2. JURUSAN KEMANUSIAAN

i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science

Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan

Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  • Sejarah 2
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan

Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Berikut adalah syarat am dan khas keasukan Tingkatan 6 tahun 2022 untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK).

  • a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2022

Syarat Khas

1. Jurusan Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
  • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Jurusan Sains Sosial

i. Sekolah Menengah Harian.
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual
  • Seni Halus
  • Teater
  • Reka Bentuk
  • Pendidikan Muzik
  • Muzik
  • Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) :-

  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
  • Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab

b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab

Sumber KPM

Cara Pengiraan Nilai Mata Gred Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6 menurut Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini.

syarat kemasukan terkini tingkatan 6

Untuk memuat turun atau download syarat-syarat kemasukan dan soalan lazim (FAQ), sila klik link berikut :-

Semoga panduan Syarat Kemasukan Tingkatan 6 terkini ini bermanfaat dan Selamat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 buat pelajar lepasan SPM yang layak.