Semakan Kenaikan Pangkat Guru Online

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru Online. Kini semuanya lebih mudah dan senang. Semakan Kenaikan Pangkat Guru Online adalah applikasi semakan KPM yang memudahkan guru untuk membuat semakan urusan naik pangkat.

"<yoastmark

Cara Buat Semakan Kenaikan Pangkat Guru Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan dengan SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT GURU yang merangkumi applikasi semakan dan panduan penting.

Nota Penting

  1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
  2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
  3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
  4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
  5. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari Tarikh Muat Naik Data.

Pertanyaan

Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816
Email: [email protected]

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

Tahniah kepada guru yang berjaya dinaikkan pangkat. Semoga guru dapat meningkatkan prestasi untuk kebaikan pelajar semua.