Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2026 Online. Bila tarikh semakan keputusan application KV dan SMT ambilan sesi akademik tahun 2026? Menerusi makluman FAQ SPSKT4, pelajar Tingkatan 3 tahun 2025 boleh membuat Semakan Keputusan KV Kolej Vokasional/ SMT 2026 secara Online pada tarikh 26 Disember 2025. Kepada mereka yang berminat tetapi belum memohon, anda boleh mengemukakan borang atas talian sehingga 7 September 2025.
Pemohon yang gagal dalam application ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2026 boleh membuat rayuan. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa melayari Laman Sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini.
Semakan Keputusan KV 2026 Kolej Vokasional Dan SMT Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan Kolej Vokasional/ SMT ambilan tahun 2026 secara Online. Tarikh semakan, link applikasi dan maklumat rayuan ada dikongsikan di bawah ini.
Pelajar tingkatan 3 yang telah membuat application boleh mula membuat semakan tawaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik mengikut ketetapan tarikh dibawah. Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
Tarikh Rasmi Semakan |
|||
Tarikh buka | 26 Disember 2025 | ||
Tarikh tutup | — |
Cara Semakan Keputusan KV dan SMT 2026 Secara Online
Semakan keputusan tawaran KV dan SMT hanya boleh dilakukan melalui aplikasi online. Hal ini kerana, perkhidmatan semakan melalui SMS tidak disediakan.
Berikut adalah pautan kepada sistem aplikasi online KPM bagi pelajar atau ibu bapa untuk melakukan semakan:
Semakan Tawaran |
|||
SPSKT4 |
Tindakan sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV/SMT:
- a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran yang disertakan
- b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/ SMT semasa hari pendaftaran.
Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran ke KV dan SMT bagi sesi 2026. Berikut merupakan tarikh sesi pendaftaran pelajar:
- 13 Januari 2026
Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Untuk info, semua KV/SMT ada menyediakan kemudahan asrama kecuali dua sekolah iaitu KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching. Sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama, pelajar boleh membuat Rayuan penempatan asrama di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut. Keputusan adalah bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT tersebut.
Rayuan KV dan SMT 2026 Online
Bagi pemohon yang gagal dalam application kali pertama, anda mempunyai peluang untuk membuat rayuan. Pemohon perlu membuat erayuan secara atas talian melalui aplikasi application ke KV dan SMT.
Berikut dikongsikan tarikh rayuan ke KV dan SMT secara atas talian:
Tarikh Rayuan |
|||
Tarikh buka | 26 Disember 2025 | ||
Tarikh tutup | 13 Januari 2026 |
Semakan keputusan rayuan secara online boleh disemak pada 6 hingga 10 Februari 2026 dan bergantung kepada kekosongan.
Maklumat lanjut, sial rujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) KV & SMT
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran masuk ke KV dan SMT tahun 2026. Kepada mereka yang gagal, diucapkan semoga berjaya dalam rayuan anda.