Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2022 Online

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2022/ 2023. Perhatian buat lepasan spm yang akan menerima keputusan Peperiksaan SPM 2021. Untuk makluman, semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam (6 – Form 6) dijangka boleh disemak pada bulan Julai 2022. Keputusan kemasukan ke sekolah menengah bantuan penuh kerajaan Tingkatan 6 akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di ruangan pemberitahuan.

Oleh itu kepada pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, kemasukan ke Tingkatan 6 untuk mengambil STPM adalah pilihan pengajian seterusnya.

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018 Online
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2022/ 2023

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2022 (sesi 2022/ 2023). Untuk rujukan dan perbandingan, tarikh keputusan tawaran Form 6 pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-

  • 2022 : 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
  • 2018 : 16 April 2018 hingga 16 Mei 2018
  • Tahun 2017 : 16 April hingga 12 Mei 2017 (Tarikh RASMI)
  • 2016 : 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016
  • Tahun 2015 telah diumumkan pada 15 April 2015
  • 2014 pada 24 April 2014

Nota Penting Semakan Tingkatan 6 2022

Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 2022 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa di MySemakan.

Cara Buat Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2022

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh semakan, applikasi semakan dan soalan lazim buat panduan pelajar semua. Terdapat 2 kaedah semakan tawaran Tingkatan 6 iaitu :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula dari : 7 hingga 24 Juali 2022 (Tahun lepas pada 5 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021). Tarikh pendaftaran pula adalah pada 25 Julai 2022
  • Link APPLIKASI SEMAKAN Form 6 : KLIK SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 ONLINE

2) Semakan melalui SMS

Tiada semakan melalui SMS disediakan

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

  • 1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
  • 2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2022

Kepada pelajar yang gagal mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk kepada panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Cara Buat Rayuan Tingkatan 6. Anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2022/ 2023 akan diumumkan pada 1 Ogos 2022 (Tahun lepas pada 20 Julai 2022). Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 2 Ogos 2022

Sila klik applikasi semakan keputusan rayuan di https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/ untuk menyemak keputusan tawaran.

Soalan Penting FAQ Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Berikut dikongsikan diantara soalan lazim kemasukan pelajar ke Tingkatan 6.

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Panduan Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan 6

Pelajar boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan yang sangat penting :-

  1. Syarat Am Dan Syarat Khas Jurusan
  2. Borang dan Panduan Mengisi Borang Rayuan
  3. Soalan Lazim

Selamat membuat Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2022 Online. Tahniah kepada yang berjaya mendapata tawaran. Kepada yang gagal, anda masih berpeluang dengan merayu. Semoga berjaya,