Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia yang berkaitan tentang Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia

Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi[/button]

a) Perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka

  • Aktiviti perniagaan berkembang
  • Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
  • Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur
  • Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
  • Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
  • Wujud sistem sukat dan timbang
  • Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
  • Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli

b) Ciri-Ciri Mata Wang di Johor pada abad ke 16

  • Diperbuat daripada timah
  • Dikenali sebagai wang katun
  • Berbentuk bulat dan enam segi
  • Tidak mempunyai tarikh
  • Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al- Adil
  • Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527
  • Mata wang emas ini dikenali kupang
  • Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
  • Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut
  • Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin

c) Sistem Percukaian pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

  • Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
  • Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
  • Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus
  • Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai
  • Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
  • Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus
  • Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Kesan Pengaruh Islam Mempengaruhi Ekonomi di Tanah Melayu[/button]

  • Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam
  • Walau bagaimanapun, golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan
  • Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang
  • Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta
  • Kutipan zakat disimpan oleh Baitulmal
  • Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan
  • Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pengaruh Islam Di Malaysia yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.