Berikut dikongsikan cara membuat semakan Semakan Rayuan UPU 2016 online buat pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke IPTA, Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/STPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf. Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dilaman web yang disertakan di bawah ini.
![semakan rayuan upu](https://i2.wp.com/www.mysemakan.com/wp-content/uploads/2016/06/ipta2-1.gif?resize=400%2C190&ssl=1)
Semakan Rayuan UPU 2016 Online
Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan ILKA boleh dibuat secara online dan SMS.
A. Tarikh semakan dibuka
-
Calon lepasan SPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan UPU Ke IPTA/ Politeknik Premier (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Jun 2016) Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan - Semakan keputusan rayuan untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf :-
- ILJTM (ADTEC, JMTI & ILP) ; http://www.jtm.gov.my/semakjaya
- CIAST ; http://www.ciast.gov.my
- KOLEJ KOMUNITI ; http://www.jpkk.edu.my
- POLITEKNIK ; http://www.politeknik.edu.my
- NATC ; http://atpis.moa.gov.my/V4/result
- MARA (IKM & KKTM) ; http://www.ekemahiran.edu.my
-
Calon lepasan STPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-4 Ogos 2016)
♦ Cara buat semakan keputusan rayuan UPU
-
Semakan secara online
Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah pada 25 Ogos 2016 bermula jam 400 petang:
Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016 – http://upu.mohe.gov.my/web/ - Klik Semakan Keputusan Rayuan 1
![semakan rayuan upu 2016](https://i1.wp.com/www.mysemakan.com/wp-content/uploads/2016/06/semakan-keputusan-rayuan-upu-stpm-2016-1.png?resize=720%2C270&ssl=1)
-
Semakan melalui SMS
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
Taipkan:UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
[junkie-alert style=”yellow”] Contoh: UPU RESULT 970222016745 [/junkie-alert]
Hantarkan SMS ke 15888
Sebab-Sebab Permohonan Tidak Berjaya
Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
Selamat membuat permohonan erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke UA yang dihajati.