Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka. Panduan buat pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka. Sejarah SPM Bab 5 ini adalah berkaitan dengan sistem ahli, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 dan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan,
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
5.1 Sistem Ahli
a) Maksud Sistem Ahli
- Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
b) Pencetus Idea Sistem Ahli
- Dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar
- Sir Henry Gurney mencadangkan supaya Tanah Melayu melaksanakan model negara Rhodesia Utara dan Kenya
c) Matlamat Sistem Ahli
- Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
- Sistem ini akan mengurangkan tekanan daripad PKM
d) Dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu bulan Februari 1950
e) Dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955
5.1.1 Ciri-ciri Sistem Ahli
- Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
- Anggotanya dikenali sebagai Ahli
- Pelantikan ahli dibuat oleh PesuruhjayaTinggi
- Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota
- Penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pengawai Inggeris
- Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
5.1.2 Pelaksanaan Sistem Ahli
Pelaksanaan
- Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan kerajaan
- Mengurus pentadbiran harian jabatan mengikut dasar yang sedia ada
- Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan
- Perlu berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama
- Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujan dalam perkara yang dicadangkan
Kepentingan
- Merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah bekerjaaan sendiri
- Melatih orang tempatan ke arah bekerjaan sendiri
- Memulakan proses perpaduan kaum
- Asas penting untuk menentukan kemerdekaan negara
- Memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir.
5.2 Pakatan Murni : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
Maksud Pakatan Murni
- Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
- Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum
5.2.1 Langkah-langkah Ke arah Pakatan Murni PraPerikatan
- Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Communities Liaison Committee (CLC) pada Januari 1949
- Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina
- Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah
- Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui
- Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu
- Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
- Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
- Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
- Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951
- Cadangan beliau dikecam hebat
- Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO
- Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO
- Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP)
- Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti
- IMP terbuka kepada semua kaum
- Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain
- Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu
- Penubuhan Persidangan Kebangsaan
- Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
- Tujuannya mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu
- Konvensyen Kebangsaan
- Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
- Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain
- Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan
5.2.2 Perikatan serta Pilihanraya
- Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 dengan menang 9 daripada 12 kerusi
- Perikatan UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi dalam Pilihanraya bandaran bandar Utama
- Parrti Perikatan memenangi 226 daripada 268 dalam Pilihanraya Negeri 1954
- Kemenangan ini menunjukkan pemuafakatan kaum diterima oleh penduduk Tanah Melayu
- Kerjasama UMNO –MCA menjadi asas penubuhan Parti Perikatan
- MIC Menganggotai Perikatan pada 1955
- Pemimpin Parti Negara , UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya majlis Mesyuarat Perundangan
- Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP) 1955
- Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
- Pembentukan kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum
- Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan
5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
5.3.1 Suruhanjaya Reid
- Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan
- Anggota Suruhanjaya Reid :
- Lord Reid (Hakim British)
- Sir Ivor Jennings
- Sir William McKell
- Tuan B. Malik
- Tuan Abd. Hamid
- Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini dalam merangka perlembagaan :
- Kerajaan Persekutuan yang kuat
- Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
- Kedudukan Raja-raja Melayu
- Hak istimewa orang Melayu
- Pewujuan satu bangsa persekutuan
5.3.2 Isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Isi pentingnya
- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
- Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
- Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan
- Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
- Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara
- Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
- Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.
5.3.3 Kepentingan Perjanjian PersekutuanTanah Melayu 1957
- Membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
- Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum
- Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah
- Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri
- Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
- Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
- Penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan berperundangan
- Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi barat untuk membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
5.3.4 Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Presiden UMNO
- Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri
- Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum
- Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
Tun Abd Razak
- Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
- Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956
- Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
- Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
- Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970
Tun H.S Lee
- Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan
- MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957
Tan Cheng Lock
- Presiden MCA
- Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Tun V. T Sambanthan
- Presiden MIC
- Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara
- Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum
- Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti. Selamat mengulangkaji pelajaran.