Semakan Status Permohonan MyKad Online Dan SMS

Semakan Status Permohonan Kad Pengenalan Online Dan SMS. Perhatian buat pemohon kad pengenalan atau IC di Malaysia. Kini anda boleh membuat semakan status permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS secara online ataupun melalui SMS. Dengan kaedah yang mudah ini, anda dapat mengetahui status permohonan samada Kad pengenalan sudah siap atau belum dan sedia untuk diambil. Dengan itu, pengguna tidak perlu datang ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya untuk menyemak status. Kemudahan yang disediakan ini sekaligus dapat menjimatkan masa.

Semakan Status Permohonan MyKad
Semakan Status Permohonan MyKad Online Dan SMS

Semakan Status Permohonan MyKad Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Status Permohonan MyKad Online Dan SMS. Untuk makluman, MyKad adalah kad pengenalan untuk Warganegara Malaysia. MyPR adalah untuk pemastautin tetap manakala MyKAS untuk pemastautin sementara.

1. Kaedah Semakan Online

JPN ada menyediakan satu laman web khas untuk pemohon menyemak status permohonan mereka.

  1. Layari Sistem Semakan Permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS di JPN
  2. Masukkan No KP diruangan yang disediakan. Contoh : 501212113343
  3. Isikan CAPTCHA dan tekan button SEMAK
  4. Laman web akan memaparkan status permohonan anda

[junkie-alert style=”green”] No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan [/junkie-alert]

2. Semakan Melalui SMS

Status permohonan juga boleh disemak melalui kaedah perkhidmatan MySMS.

  • Taip JPN<jarak>MYKAD<jarak>No Kad Pengenalan
  • Hantar SMS ke 15888
  • Contoh JPN MYKAD 501212113343

[junkie-alert style=”green”] Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran. Caj penerimaan SMS pula adalah sebanyak RM0.20 [/junkie-alert]

Pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna sebagai panduan.

Semoga perkhidmatan Semakan Status Permohonan MyKad secara Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua pemohon.