Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Syarat Baru Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains 2016. Tahinah kepada pelajar Tingkatan 3 yang telah berjaya mendapat keputusan PT3 cemerlang dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3. Pasti ramai pelajar yang ingin mengetahui Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan kriteria kemasukan ke Tingkatan 4 aliran sains. Ianya berdasarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah. Berikut dikongsikan surat siaran KPM memaklumkan kriteria kemasukan murid ke Tingkatan 4 bermula tahun 2015 untuk panduan ibu bapa dan pelajar semua.

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini
Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini

Berikut adalah syarat-syarat baru atau kriteria kemasukan ke Tingkatan 4 Aliran Sains bermula dari tahun 2015 seperti berikut :-

  1. Murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3 digalakkan untuk mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4
  2. Murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3. mendapat sekurang-kurangnya Band 5 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam Aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4

Kes Khas

  1. Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik. Serta mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  2. Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelajaran tidak layak masuk aliran Sains.

[junkie-alert style=”yellow”] Selain daripada kriteria di atas, pihak sekolah boleh juga untuk mempertimbangkan untuk memasukkan murid ke aliran Sains. Sekiranya pelajar berminat dan berkemampuan untuk mengikuti Aliran Sains Tingkatan 4 [/junkie-alert]

Berikut adalah surat siaran makluman dari KPM. Sila muat turun Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains yang boleh dimuat turun dalam Format PDF di KPM.

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains Terkini ini boleh dijadikan panduan buat pelajar yang berminat mengikuti aliran sains di Tingkatan 4.