Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2022

Jumlah Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB 2022. Berapakah Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2022? Sebagai pelabur ASB, setiap hujung tahun merupakan masa yang sangat ditungu-tunggu. Mana taknya, pengumuman pengagihan pendapatan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada kebiasaannya akan diumumkan pada waktu ini. Mengikut rekod yang lepas, kadar pengagihan dividen dan bonus ASB untuk tahun 2022 dijangka bakal diumumkan sekitar hujung bulan Disember 2022. Untuk rekod, pada tahun 2021 dividen dan bonus ASB telah diumumkan pada 23 Disember 2021.

Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2022

ASNB menerusi satu makluman telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 21 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022. Ianya dilakukan bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2022 dilakukan. Pembukaan semula urusniaga ASB adalah pada 1 Januari 2023. Berikut adalah maklumat pada tahun 2022 sebagai rujukan. 

Berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB untuk tahun 2022 yang telah diumumkan pada 22 Disember 2022.

  • Dividen : 4.60 sen/ unit
  • Bonus : 0.50 sen/ unit
  • Jumlah : Pembayaran : 5.10 sen/ unit
  • Pembayaran bonus dan dividen ASB tahun 2022 meningkat dari tahun 2021 iaitu 4.60 sen seunit

* Jumlah pengagihan untuk Amanah Saham Nasional (ASN) 2021 pula adalah 2.74 sen seunit.

Rekod Pembayaran Dividen Dan Bonus ASB

Untuk rekod, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB tahun 2022 beserta rekod pengagihan untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2022. Terdapat penurunan kadar agihan pendapatan ASB untuk beberap tahun yang lepas.

Tahun Kadar Dividen ASB Kadar Bonus ASB JUMLAH
(sen : unit)  Kadar (sen : unit) (sen : unit)
2022

4.60

0.50 (30,000 unit pertama)

5.10

2021

4.25

0.75

5.00

2020

3.50

0.75 + 0.75

4.25

2019

5.00

0.5

5.50

2018

6.50

0.5

7.00

2017

7.00

0.25 + 1.00

7.25

2016

6.75

0.5

7.25

2015

7.25

0.5

7.75

2014

7.5

1

8.5

2013

7.7

1

8.7

2012

7.75

1.15

8.9

2011

7.65

1.15

8.8

2010

7.5

1.25

8.75

2009

7.3

1.25

8.55

2008

7

1.75

8.75

2007

8

1

9

2006

7.3

1.25

8.55

2005

7.25

1.75

9

2004

7.25

2

9.25

2003

7.25

2

9.25

2002

7

2

9

2001

7

3

10

2000

9.75

2

11.75

1999

8.5

1.50 + 2.00 (special bonus)

12

1998

8

2.5

10.5

1997

10.25

1.25

11.5

1996

10.25

3

13.25

1995

10

3

13

1994

9.5

4.5

14

1993

9

4.5

13.5

1992

7.5

5

12.5

1991

8.5

4

12.5

1990

8

6

14


Diharapkan kadar dividen dan bonus ASB 2022 ini mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu. Nantikan pengumuman rasmi dari ASNB hujung tahun ini.