Senarai Perbuatan Yang Membatalkan Solat

Perbuatan Yang Membatalkan Solat. Berikut dikongsikan senarai perbuatan yang boleh membatakan solat seperti dikongsikan dari Facebook Ustaz Hasnan Fan Club. Bermula semasa kita mengambil wudhuk sehingga tamat solat sama ada solat fardhu atau pun sunat, hendaklah dilakukan dengan sempurna. Ini bagi memastikan solat kita diterima oleh Allah SWT.

Senarai Perbuatan Yang Membatalkan Solat

Senarai Perbuatan Yang Membatalkan Solat

Berikut disenaraikan 11 perkara yang boleh membatalkan solat kita iaitu seperti berikut. Juga dikongsikan perkara makruh dalam solat yang seelok-eloknya perlu dielakkan :-

11 Perbuatan Yang Membatalkan Solat

  1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
  2. Berhadas besar atau kecil semasa dalam solat
  3. Terkena najis pada anggota badan, pakaian dan tempat solat
  4. Berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit. Ini juga termasuklah ketawa
  5. Sengaja mendedahkan aurat atau tidak sengaja segera menutupnya kembali apabila auratnya terbuka
  6. Makan dan minum
  7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut
  8. Dengan sengaja melebihkan rukun fi’li iaitu perbuatan di dalam solat. Contohnya, menambah rukuk dan sujud
  9. Mengubah niatnya iaitu seperti berniat memutuskan solat ataupun ragu-ragu sama ada hendak memutuskan solat atau tidak
  10. Berpaling daripada menghadap kiblat dengan memusingkan dadanya kekiri atau ke kanan
  11. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

9 Perbuatan Yang Makruh

Kita juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang makruh ketika solat. Seeloknya, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara makruh seperti berikut :-

  1. Bercekak pinggang
  2. Melihat ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang
  3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat
  4. Meludah
  5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak teratur
  6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali jika terpaksa
  7. Membuka mulut lebar-lebar semasa menguap dalam solat
  8. Menahan lapar dan menahan daripada membuang air sedangkan ia amat mendesak
  9. Kalau bilal sudah iqamat untuk mengerjakan solat fardhu, maka makruh untuk mengerjakan solat yang lain lagi melainkan solat yang fardhu itu sahaja.

Semoga perkongsian Senarai Perbuatan Yang Membatalkan Solat ini bermanfaat buat semua. Jom kongsikan.