Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Dipetik dari Portal Pembasmian Kemiskinan, eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk panduan semua.

borang daftar e-kasih online
daftar e-kasih online

Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat

Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih

Menurut FAQ eKasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang  berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).

Apllikasi eKasih

Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.

Dengan adanya Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai di harap dapat memanfaatkan sistem ini dalam menyalurkan maklumat kemiskinan yang dihadapi secara online untuk semakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan Program 1AZAM

Bagi yang telah disahkan berdaftar di ekasih, anda boleh memohon Program 1AZAM. Ianya merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Warganegara Malaysia
  2. Disahkan berdaftar sebagai peserta eKasih (Miskin / Miskin Tegar)
  3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500.00 (Bandar) ATAU RM 1,000.00 (Luar Bandar) sebulan
  4. Berumur 18 sehingga 55 tahun
  5. Mempunyai minat
  6. Mempunyai minat, berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil

JENIS PAKEJ PROGRAM 1AZAM

AZAM NIAGA

1.    Pakej Char KueyTeow

2.    Pakej Ice Blended

3.    Pakej Nasi Lemak Kukus

4.    Pakej ABC &Cendol

5.    Pakej Roti John

6.    Pakej Burger

7.    Pakej Satay

8.    Pakej Air Tebu

9.    Pakej Jagung Manis & Waffle

10.  Pakej Gorengan Pelbagai

11.  Pakej Sejuk Beku

12.  Pakej Kuih – muih

13.  Pakej Gerai Makan

14.  Pakej Roti Canai

 

AZAM KHIDMAT

15.  Pakej Jahitan

16.  Pakej Cuci Kereta

17.  Pakej Gunting Rambut

18.  Pakej Mesin Rumput

19.  Pakej Urutan / Refleksologi

20.  Pakej Spa Secara Mobile

21.  Pakej Katering
Pemohon  boleh  hadir  ke  Pejabat  Pembangunan  Negeri  yang terdekat  untuk  berdaftar  di  dalam  sistem  eKasih  sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka. Semoga Program e-kasih dan 1Azam ini dapat membantu mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dalam meringkan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.

SUMBER : Panduan Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.