Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British yang berkaitan tentang Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

 

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British

Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Maksud Ekonomi Dagangan[/button]

  • Pertanian dan perlombongan melibatkan lebihan pengeluaran
  • Pengeluaran dalam skala besar
  • Gunakan sumber tenaga buruh yang banyak
  • Modal yang besar
  • Teknologi yang lebih tinggi
  • Pemasaran lebih tinggi

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor-Faktor yang mendorong Buruh Cina dan India datang ke Tanah
Melayu[/button]

  • Galakan Kerajaan British
  • Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh pembesar Melayu
  • Wujud hubungan tradisi antara kerajaan India dengan Tanah Melayu
  • Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
  • Kestabilan politik
  • Kemakmuran Tanah Melayu

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Cara Kemasukan Buruh Cina dan India ke Tanah Melayu[/button]

Kemasukan buruh Cina

a) Sistem Tiket Kredit

  • Bakal imigran dikumpul oleh kheh-tau(ketua)
  • Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
  • Bakal imigran dikenali sebagai sin keh
  • Imigran diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan
  • Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu
  • Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
  • Tiba di pelabuhan mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka

b) Sistem Pengambilan Kakitangan

  • Majikan akan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh
  • Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
  • Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan

c) Sistem Rumah Kongsi

  • Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
  • Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah
    kongsi

d) Secara Berkumpulan

  • Cara kedatangan imigran berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura
  • Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke
  • Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam

Kemasukan buruh India

a) Sistem Buruh Bebas

  • Datang sendiri dengan biaya masing-masing
  • Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
  • Setelah tiba di Tanah Melayu bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki

b) Sistem Kontrak

  • Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
  • Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum

c) Sistem Kangani

  • Seorang kangani akan akan diberi lessen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
  • Kangani akan diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di Tanah Melayu
  • Seorang Kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ciri-Ciri Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu[/button]

  • Tidak terdapat kesepaduan kaum menyulitkan proses perpaduan kaum
  • Lokasi orang Melayu dan Cina di bandar manakala India di ladang
  • Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
  • Perbezaan bahasa pertuturan
  • Kehidupan sosial yang berbeza
  • Menggunakan bahasa ibunda

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Kesan Daripada Penigkatan Jumlah Kemasukan Imigran India dan
Cina ke Tanah Melayu[/button]

  • Pembentukan masyarakat majmuk
  • Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
  • Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
  • Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
  • Tidak terdapat interaksi antara kaum
  • Tidak ada perpaduan antara kaum

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 10 Dasar Dan Kesan British yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.