Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah yang berkaitan tentang Perkembangan Di Eropah yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah

Perkembangan Di Eropah

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Zaman Gelap Di Eropah[/button]

a) Maksud Zaman Gelap

  • Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom
  • Merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
  • Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang :
    • Ilmu pengetahuan
    • Perdagangan
    • Kehidupan perbandaran

b) Ciri-ciri Zaman Gelap

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Politik[/button]

  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
  • Berlaku huru-hara
  • Kemunculan golongan Baron
  • Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
  • Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
  • Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
  • Pembentukan sistem feudal
  • Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja
  • Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Ekonomi[/button]

  • Kegiatan ekonomi terhad
  • Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
  • Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
  • Perniagaan secara kecil-kecilan
  • Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
  • Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Sosial[/button]

  • Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
  • Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
  • Kemerosotan kehidupan perbandaran
  • Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

c) Ciri-Ciri Perubahan Zaman Kemuncak Pertengahan

  • Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
  • Gereja menjadi ejen penyatuan
  • Peningkatan aktiviti pertanian
  • Kemunculan perdagangan
  • Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
  • Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
  • Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
  • Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
  • Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
  • Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

d) Persamaan Sistem Feudal di Eropah dengan Ciri-Ciri Feudalisme yang terdapat dalam Masyarakat Melayu Tradisional

  • Raja menjadi penaung dalam negara
  • Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar
  • Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
  • Pembesar memberi khidmat kepada raja
  • Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Zaman Renaissance[/button]

a) Maksud Renaissance

  • Berasal daripada perkataan Itali renisciment yang bermaksud kelahiran semula
  • Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam Tamadun Yunani dan Rom
  • Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya

b) Tokoh Zaman Renaissance

  • Leonardo Da Vinci
  • Michelangelo
  • Niccolo Machiavelli
  • Francesco Petrarch
  • Johann Sebastian Bach
  • Nicholas Copernicus
  • Galilei
  • Raphael

c) Faktor Kewujudan Gerakan Renaissance di Itali

  • Kemunculan tokoh-tokoh aliran humanisme seperti Francesco Petrarch , Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio
  • Semangat inkuari / semangat ingin tahu
  • Kemunculan bandar terkenal seperti Venice,Genoa, Florence ,Rom dan Milan sebagai pusat perdagangan antarabangsa
  • Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
  • Berlaku pertembungan budaya,bahasa dan agama yang menjadikan Itali sebagai pusat perkembangan idea-idea baru
  • Bandar pelabuhan seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah
  • Kemunculan pedagang-pedagang kaya di pelabuhan dan bandar utama di Itali dan mereka menjadi penaung (patron) kepada pelukis , ahli muzik, saintis dan penulis
  • Berlakunya persaingan antara bandar-bandar d Itali untuk mendapatkan tokoh seniman dan cendiakiawan
  • Paus di Rom menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan
  • Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar

d) Kesan Perkembangan Zaman Renaissance di Eropah

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Politik[/button]

  • Semangat inkuiri telah menggalakkan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk seni lukis,seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial
  • Kemunculan monarki baru
  • Wujud kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
  • Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
  • Kuasa gereja dan golongan bangsawan bertaambah kurang

[button color=”” size=”” type=”square_outlined” target=”” link=””]Ekonomi[/button]

  • Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
  • Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
  • Perkembangan sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa
  • Mendorong perkembangan dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan
  • Kemajuan dalam bidang matematik ,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi
  • Penekanan kepada ciri-ciri inkuiri , keobjektifan dan eksperimen
  • Perkembangan pelbagai ilmu sains seperti fizik,biologi ,kimia dan perubatan. Sosial
  • Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi mereka
  • Mendorong kemajuan dalam seni muzik, lukisan dan ukiran
  • Melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
  • Perubahan masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik , falsafah dan metafizik
  • Menekankan tanggungjawab sosial seseoraang dalam masyaarakat
  • Melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
  • Mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Gerakan Reformation[/button]

a) Maksud Reformation

  • Suatu gerakan yang berlaaku di Eropah Barat pada abad ke 16
  • Berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru
  • Mempunyai kaitan dengan agama Kristian

b) Tokoh Gerakan Reformation

  • Martin Luther
  • Huldreich Zwingli
  • John Calvin

c) Faktor-Faktor Gerakan Reformation

  • Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila Gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
  • Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan
  • Menentang gaya hidup penguasa yang tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan
  • Menentang amalan institusi gereja Katolik yang menjual sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
  • Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan cepat dan murah
  • Tindakan Martin Luther ,profesor ilmu teologi menentang amalan indulgences
  • Luther berpendapat dalam bidang pengibadatan,manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya
  • Kejayaan gerakan ini didorong oleh penyebaran mazhab protestant

d) Kesan Gerakan Reformation

  • Agama Kristian terpecah kepada dua mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
  • Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
  • Dalam jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut berbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
  • Kuasa institusi gereja telah dicabar secara terbuka
  • Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang
  • Monarki baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
  • Raja England (Raja Henry VIII) telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perkembangan Di Eropah yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Perkembangan Di Eropah dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.