Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Pekerjaan Online

Borang Permohonan/ Pendaftaran Pekerjaan SPA Online. Kepada lepasan SPM, STPM dan STAM  yang ingin berkhidmat dan memohon pekerjaan di Sektor Perkhidmatan Awam/ Kerajaan, anda diwajibkan untuk membuat pendaftaran pekerjaan secara online melalui Borang SPA8i. Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan SPA8i Borang Online.

Permohonan SPA8i Borang Online

Permohonan SPA8i Borang Online

Untuk mendapatkan borang pendaftaran pekerjaan secara online, sila klik link di bawah ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perkhidmatan Awam Di Malaysia.
  1. SERVER 1
  2. SERVER 2

Cara Membuat Permohonan SPA8i Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran/ permohonan SPA8i :-

  1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang di Server1 dan 2 di atas
  2. Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran sebelum boleh mengisi borang. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru untuk mendapatkan kata laluan.
  3. Sila baca Panduan Pengguna untuk memudahkan pengisian
Pemohon juga boleh merujuk kepada panduan-panduan yang disertakan di bawah ini sebagai rujukan:-

Syarat Kelayakan :

  1. SPM,
  2. STPM dan
  3. STAM

Maklumat penting lain yang berkaitan boleh dirujuk di pautan Pemohon Pekerjaan yang mengandungi maklumat seperti berikut :-

  • Maklumat Jawatan dan Deskripsi Tugas
  • Semakan status pendaftaran dan penjadualan temuduga

Syarat terkini SPA

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-

  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan SPA8i, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)

Cara Hubungi

Hotline SPA : 03 – 8885 6000
Nota:
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temu duga, tuan/puan boleh menghubungi talian 03 – 8885 6032 atau 03 – 8885 6354.
Selamat membuat Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Pekerjaan Online. Semoga anda berkaya mendapat pekerjaan di sekyor awam yang diinginkan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*