Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dalm Rumi Dan Niat Puasa Sebulan.  Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa Ramadhan pada hari Sabtu, 27 Mei 2017. Berikut dikongsikan Niat Puasa Ramadhan Dan Doa berbuka Puasa untuk panduan bersama.

Niat Puasa Ramadhan – Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dalam Rumi Dan Niat Sebulan Puasa

Berikut dikongsikan niat puasa Ramadhan dalam rumi dan doa berbuka puasa. Kita digalakkan untuk berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.

Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat Puasa Ramadhan

Masa berniat adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

Berikut adalah doa berbuka puasa iaitu bacaan dalam Arab, rumi dan maksud.

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa 2014

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2014
Doa Selepas Berbuka Puasa

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga perkongsian Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa bermanfaat buat semua. Moga kita semua berjaya melaksanakan ibadah Puasa kali ini dengan jayanya.