Semakan Keputusan KKTM IKM Julai 2018 Online

Semakan Keputusan KKTM Dan IKM Sesi Julai 2018 Online. Perhatian kepada calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Julai 2018. Untuk makluman, tarikh semakan keputusan KKTM IKM sesi Julai adalah pada 24 Mei 2018 bermula jam 1200 tengahari.

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Laman Web Rasmi MARA untuk mendapatkan makluman terkini. Menurut Portal SPUPIM, semakan keputusan tawaran ke IKM / KKTM boleh disemak secara online di SPUPIM.

Semakan Keputusan KKTM IKM Julai 2018 Online

Semakan Keputusan KKTM IKM Julai 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM Dan IKM sesi Julai 2018. Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook eKemahiran.

Tarikh Semakan Sesi Julai 2018

  • Pada 24 Mei 2018 bermula jam 1200 tengahari
  • Applikasi Semakan : SEMAKAN SPUPIM atau (e-Kemahiran)

Buat mereka yang berminat untuk memohon kemasukan sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas cara membuat permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-Kemahiran.

Tahun 2016

  • Untuk makluman, semakan keputusan ke Program KPM sesi Januari juga boleh disemak di applikasi online sama bermula 18 Disember 2016 (Isnin)
  • Pelajar Lepasan PIP dan IEP boleh membuat semakan untuk program Diploma bermula 19 Disember 2016 hingga 23 Disember 2016. Sumber Portal UPIM

Cara Membuat Permohonan ke IKM, KKTM dan MJII Online

  • Permohonan kemasukan di buka dua (2) kali setahun iaitu pada SESI JANUARI dan JULAI. Permohonan kemasukan perlu dibuat secara ONLINE
  • Kemasukan sesi JANUARI adalah melalui www.ekemahiran.edu.my. Ianya adalah percuma
    Kemasukan sesi JULAI adalah melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percumaㅤ

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut :-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Tahniah kepada pemohon yang berjaya ditawarkan untuk kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII sesi Julai 2018. Semoga anda berjaya dalam pengajian dalam bidang kemahiran ini.