Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 tahun 2016 yang telah menduduki peperiksaan PT3 2016. Semakan keputusan PT3 2016 dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2016. Ianya berdasarkan kepada rekod tarikh tahun lepas dimana keputusan peperiksaan PT3 telah diumumkan pada 14 Disember 2015 (Isnin). Pelajar disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM dalam mengetahui tarikh rasmi keputusan PT3 2016 diumumkan.

[junkie-alert style=”green”] Tarikh Rasmi : Keputusan PT3 2016 akan diumumkan adalah pada 19 Disember 2016 (Isnin). Keputusan Sekolah Kawalan 2016 pula adalah pada 20 Disember 2016 [/junkie-alert]

Semakan Keputusan PT3 2016
Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan PT3 2016 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Keputusan PT3 2016 selepas tarikh rasmi keputusan diumumkan oleh KPM :-

  • Tarikh Rasmi  : 19 Disember 2016 (ISNIN)

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Tiada semakan online dan SMS disediakan dan calon perlu hadir sendiri mengambil slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda.

Diucapkan semoga pelajar PT3 2016 akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 kali ini. Halatuju anda selepas ini adalah memasuki Tingkatan 4, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik dan banyak lagi pilihan.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016.