Semakan PLKN 2016 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan PLKN 2016 Online Dan SMS Kumpulan 1 Siri 13/2016 untuk [junkie-hightlights color=”green”]senarai nama terpilih dan penempatan[/junkie-hightlights]. Latihan PLKN 2016/ PLKN 2.0 untuk remaja yang dilahirkan pada tahun 1998 akan berwajah baru apabila kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0

Semak PLKN 2016 Online SMS
Semakan PLKN 2016 Online Dan SMS

Semakan PLKN 2016 Online Dan SMS

Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016 akan diberi nafas baru dengan pengambilan di buat secara sukarela seperti diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi ditawarkan mengikuti PLKN.

“Pelatih yang berminat boleh menawarkan diri melalui portal dalam talian JLKN ataupun melalui kaunter pameran PLKN di peringkat negeri”

Jangkaan seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara akan menyertai PLKN 2.0 mulai Mac 2016 yang akan melibatkan sebanyak 81 buah kem PLKN.

Sebagai permulaan Projek Rintis PLKN (Pilot Project) 2.0 2015 untuk remaja dilahirkan pada tahun 1997 telah diadakan bermula 17 Oktober 2015 hingga 16 Disember 2015. Berikut disertakan cara buat semakan PLKN 2016 :-

Semakan PLKN Online

Semakan nama terpilih dan penempatan pelatih PLKN 2016 : Kumpulan 1 Siri 13/ 2016 boleh dibuat di link di bawah ini.

Semakan PLKN SMS

  • SEMAKAN NAMA PELATIH TERPILIH

Taip: PLKN SEMAK [No KP anda] DAN Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

  • SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH

Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Cara Hubungi JLKN

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2016, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

http://www.khidmatnegara.gov.my/

Semoga informasi berkenaan dengan Semakan PLKN 2016 Online SMS Senarai Nama Terpilih Dan Penempatan in bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*