Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017 Online. Anda berminat menyertai Tentera Darat sebagai Perajurit Muda? Berita baik buat anda yang berminat dengan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017. Dikongsikan dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM), permohonan perajurit muda TD tahun 2017 boleh dirujuk di bawah, Maklumat ini memaparkan syarat kelayakan permohonan, tarikh/ lokasi pemilihan dan cara hubungi.
Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017
Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi pengambilan Siri 183/43 tahun 2017. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Pemilihan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita TD
- Pemilihan calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera .
Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.
Syarat Kelayakan Akademik
LELAKI
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104, subjek Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
- STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah/ Usuluddin Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM (KAGAT)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma pelbagai bidang dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
WANITA
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan lulus subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104 dan salah satu subjek Matematik/ Sains/ Bahasa Inggeris
- STPM : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian/ Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma pelbagai bidang dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
Lain-Lain Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17).
Taraf Perkahwinan
- Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.
Kes Polis/Mahkamah
- Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Taraf Kesihatan
- Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.
Saringan Awal
- Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.
Pemilihan Akhir
Pemeriksaan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Pengesahan Dokumen asal dan salinan.
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Bertulis (IQ dan Psikologi)
- Ujian Kecergasan (Larian 2.4 KM bermasa, Mendagu, Lompat Jauh Statik dan Bangun Tubi).
Kriteria Pemilihan
Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Fizikal, Ujian Bertulis serta Ujian Kecergasan.
Kriteria Tambahan
Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:
- Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
- Berkebolehan bermain alat muzik pancaragam yang diiktiraf. (Penglibatan dan pengiktirafan disahkan melalui sijil)
SYARAT MINIMA UKURAN FIZIKAL
Ukuran Untuk Lelaki/ Wanita
- Tinggi : 1.62m
- Berat : 47.5kg
- BMI = 18 – 26.0
- Lelaki Sahaja
- Ukuran Dada Biasa : 76 sm
- Ukuran Dada Kembang : 81 sm
GAJI SEMASA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Kad Pengenalan (MY KAD).
- Sijil Kelahiran Pemohon.
- Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
- Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
- STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
- Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
- Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
- Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Sijil Berhenti Sekolah.
- Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)
- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
- Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
- Sekeping gambar terkini berukuran passport
CARA MEMOHON PERAJURIT MUDA TD 2017
Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera di
ATAU*
- Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:
SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/permohonan
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 JANUARI 2017
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERMULA PADA 25 JANUARI 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:
- Jom Masuk Tentera http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA
- Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/akhir
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian seperti berikut:Tel: 03-2071 4258/2197/4254
Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan tahun 2017 di link IKLAN atau klik TD
Cara Hubungi TDM
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030 atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my
Sumber Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia
Selamat membuat permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tahun 2017 ini nanti.