Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi

Tarikh Pameran LIMA Langkawi Tahun 2017. Perhatian buat peminat Pameran LIMA 2017 di Langkawi. Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’17) akan diadakan pada cuti sekolah 2017 (Cuti Pertengahan Penggal 1). Pameran yang popular ini pertama kali diadakan pada tahun 1991. Untuk tahun 2017, pameran yang juga dikenali sebagai Asia Pacific Premier Maritime And Aerospace Showcase akan dilangsungkan dari 21 hingga 25 Mac 2017 (Selasa hingga Sabtu). Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung selama 5 hari termasuk pameran pesawat dan kapal perang.

Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi

Tarikh Pameran LIMA 2017 Langkawi

Berikut dikongikan maklumat penting pameran LIMA 2017 meliputi tarikh/ hari dan jadual aturcara. Untuk tahun 2017, pameran dijangka menyaksikan penambahan penyertaan untuk pempamer. Pameran LIMA kali terakhir diadakan pada tahun 2015.  Pada tahun itu, sebanyak 512 syarikat dari 36 buah negara telah menyertai Pameran LIMA. Ianya telah berlangsung dari 17 hingga 21 Mac 2015.

  • Tarikh Pameran/ Hari : 21 hingga 25 Mac 2017 (Selasa hingga Sabtu)
  • Jadual Program Pameran LIMA : Klik Aturcara LIMA 2017
  • Jangkaan Penyertaan Pempamer : 550 syarikat dari 38 negara

Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pameran LIMA 2017 sambil bercuti. Tidak kira penduduk Langkawi Kedah atau pengunjung dari Malaysia serta pelancong asing. Semoga pameran tahun ini lebih meriah dan menghiburkan.