Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Online Dan SMS

Daftar Mengundi

Cara Semak Daftar Pemilih Mengundi SPR Online Dan SMS. Berikut dikongsikan cara membuat semakan daftar pemilih SPR secara online dan SMS. Hari pengundian Pilihanaraya Umum Negeri Sarawak 2016 (PRU 11)  akan diadakan pada hari Sabtu, 7 Mei 2016. Kepada pengundi yang berdaftar, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara Online dan SMS.

semakan daftar pemilih
semakan daftar mengundi online dan sms

Cara Menyemak Daftar Pemilih SPR

Berikut dikongsikan cara membuat semakan daftar SPR pemilih kepada pengundi yang ungin mengetahui lokasi tempat daerah mengundi (DUN dan PARLIMEN) :-

Semakan Daftar Pemilih Online

1) Klik Semakan Daftar Mengundi SPR. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-” atau “space”). Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini suku 3 tahun 2017 yang diwartakan pada 30 November 2017.
2) Semakan Bagi Isi Rumah
3) PRU Sarawak 2016 : Klik Semakan Sarawak PRU 11

Semakan Secara SMS

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Pendaftaran Pemilih SPR

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran pemilih bagi mereka yang belum mendaftar lagi sebagi pengundi berdaftar.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sudah mencapai umur 21 tahun
  3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Pusat Pendaftaran

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran seperti berikut;

  • (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
  • (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
  • (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Selamat membuat semakan daftar mengundi SPR online dan sms. Buat persediaan sebelum tiba masa mengundi pada PRU14 nanti. Tahniah kepada yang telah mendaftar untuk mengundi. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.