Status Halal Coklat Daim Dan Toblerone

Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal. Isu berkaitan coklat Daim dan Toblerone yang tidak mempunyai sijil halal telah menjadi viral baru-baru ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperjelaskan status halal coklat Daim dan Toblerone pada 23 Disember 2016 untuk penduan pengguna.

Status Halal Coklat Daim Dan Toblerone
Status Halal Coklat Daim Dan Toblerone

Status Halal Coklat Daim Dan Toblerone

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, 23 Disember 2016 berkata :-

Coklat tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Jadi, sebagai pengguna perlulah bijak membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh Jakim.

Sebagai panduan buat pengguna,  semakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh dilayari di www.halal.gov.my. Sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh juga dilayari di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Status Halal Coklat Jenama Kit Kat

Pada 17 Disember 2016, Jakim memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran. Namun produk ini bukan berada di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

Untuk makluman, produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Semoga perkongsian Status Halal Coklat Daim Dan Toblerone ini bermanfaat buat semua. Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap umat Islam.

SEE ALSO  Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*