Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2017. Bilakah tarikh pembayaran bonus 2018 kakitangan awam? Berita baik buat kakitangan awam seramai 1.6 juta orang yang mengharapkan bayaran bonus 2017. Menerusi Pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada  penjawat awam. RM750 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam adalah pada awal Januari 2018 dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu gunakan gaji bulanan dan bayaran khas ini secara berhemat  dalam merancang kehidupan yang serba mencabar kini.

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Bonus Kakitangan Awam 2018 atau Bayaran Khas tahun 2017 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017.

Pembayaran Bantuan Khas kakitangan awam akan dibuat pada tarikh berikut :-

  • Tarikh Pembayaran : Pembayaran Pertama sebanyak RM1000 pada 8 Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
  • Pembayaran kedua berjumlah RM500: Menjelang Hari Raya Aidilifitri iaitu pada 7 Jun 2018
  • Jumlah Bayaran Khas : Kakitangan awam : RM1,500

Pesara kerajaan akan menerima RM750 dimana pembayaran pertama adalah sebanyak RM500 dan pembayaran kedua berjumlah RM250

Nota

  1. Bayaran khas tidak akan dikira sebagai pendapatan bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan

  2. Ianya juga adalah tidak termasuk di bawah definisi ‘Upah’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta KWSP 1991. Sehubungan itu ianya tidak perlu dicarumkan ke KWSP

  3. Juga tidak perlu dicarumkan PERKESO

Faedah Lain Untuk Kakitangan Awam Pada Bajet 2018

Selain bayaran khas, terdapat beberapa khabar gembira untuk penjawat awam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 yang lain antaranya seperti berikut :-

  1. Kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based) kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.
  2. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.
  3. Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenarkan digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Semoga Kakitangan Kerajaan gembira dengan pemberian Bayaran Khas 2018 Kakitangan Awam. Keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang semakin meningkat kini memerlukan semua kita berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah.