Rayuan BRIM 2017 Borang Dan Tarikh Penting

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017. Status BR1M 2017 mereka yang tidak lulus disebabkan rekod daftar SSM menjadi viral dari semalam. Ramai pemohon yang masih tertanya-tanya punca permohonan BR1M gagal. Berita baik buat mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Rayuan BRIM 2017 bagi pemohon yang gagal atau ditolak boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.

  • Pemohon dinasihatkan untuk melayari Laman Web e-BR1M dalam mendapatkan maklumat semasa/ terkini

Rayuan BRIM 2017 Borang Dan Tarikh Penting

Rayuan BRIM 2017 Borang Dan Tarikh Penting

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan rayuan BRIM 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesamasa. Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak berdekatan dengan pemohon.

  • 3 April 2017 :  Tarikh Buka
  • 31 Mei 2017 :  Tarikh Tutup
  • Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan dokumen yang berkaitan yang akan dimaklumkan kelak oleh LHDN.

Cara Buat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Permohonan Rayuan boleh dibuat  dengan memuat turun atau download Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017. Borang rayuan BK-07 tahun 2017 akan dikongsikan dari masa kesemasa.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut (akan dikemaksini selepas pengesahan dari LHDN) :

  • i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

ATAU

  • ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

DAN

  • iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;

ATAU

  • iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Punca BR1M Ditolak Atau Tidak Lulus

Berikut adalah diantara beberapa alasan permohonan BR1M anda ditolak atau tidak lulus :-

1. BR1M Tidak Lulus Sebab Daftar SSM

Ramai yang bertanya kenapa pemohon BR1M yang berdaftar dengan SSM perlu mengemukakan dokumen perniagaan? Ianya untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja yang menerima bantuan. Umum sedia maklum yang tujuan kerajaan memberi BRIM adalah untuk golongan berpendapatan rendah. Namun ada juga yang mampu dapat menerima bantuan disebabkan oleh kerajaan tidak dapat mengesan rekod pendapatan mereka. Oleh itu, pemohon yang berdaftar dengan SSM terutama peniaga kecil-kecilan boleh membuat rayuan pada masa yang telah ditetapkan dan menyertakan dokumen berkaitan sebagai sokongan.

2. Sijil Pengesahan Perkahwinan

Terdapat kes dimana pasangan suami isteri telah bercerai. Nmaun nama tidak dikemaksini dalam rekod. Pemohon perlu mengemukakan sijil pengesahan perkahwinan semasa merayu.

3. Baucar Buku 1Malaysia

Pelajar yang telah menamatkan pengajian perlu memberikan/ mengemukakan dokumen tamat belajar atau pengesahan berhenti belajar untuk layak menerima BR1M

Penjelasan Isu BRIM-SSM

Dikongsikan dari Astro Awani, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam menjelaskan, daripada 8.2 juta pemohonan, 6.3 juta telah diluluskan sementara 1.9 juta permohonan ditolak.
Lokman turut menjawab persoalan dan rintihan pemohon BR1M yang mendakwa permohonan mereka gagal kerana berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, saringan dilakukan ke atas pemohon BR1M oleh 13 agensi kerajaan, termasuk SSM, untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

“Ada di antara pemohon yang mendaftar dengan SSM. Kalau mereka menjalankan tanggungjawab sebelum bulan Jun untuk menyerahkan penyata akaun perniagaan, maka dia tiada masalah (untuk layak BR1M) jika pendapatan isu rumahnya di bawah RM4,000.

Tidak Melaporkan Pendapatan Ke LHDN

“Tetapi apa yang berlaku, ada di antara mereka yang berniaga dan tidak melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ada juga yang berniaga sekerat jalan dan kemudian tutup perniagaan tetapi tidak menyerahkan borang tamat perniagaan.

“Jadi, apabila SSM serahkan maklumat kepada LHDN pada bulan Ogos lepas, syarikat-syarikat didapati masih aktif. Jadi mereka perlu jelaskannya terlebih dahulu,” jelasnya.

Lokman berkata pemohon yang terbatal kerana berdaftar dengan SSM tetapi masih berkelayakan untuk mendapatkan BR1M perlu kemukakan penyata pendapatan atau kewangan apabila membuat rayuan

Selamat membuat rayuan BR1M 2017. Kepada yang layak, semoga anda berjaya menerima bantuan BR1M. Kepada yang gagal, anda boleh merayu sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2017.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.