Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Semak Status BR1M 2018 Lulus Atau Tidak. Berikut adalah Cara membuat Semakan Status BR1M 2018 samada lulus atau tidak dan cara membuat Rayuan BR1M 2018 . Kini lebih mudah. Status permohonan BR1M 2018 boleh di semak secara online dan yang juga melalui beberapa kaedah lain yang dinyatakan di bawah ini. Semakan BR1M 2018 / BRIM kini boleh disemak manakala tarikh semakan rayuan hanya akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari Laman Web e-BR1M.

  • Rayuan tahun 2018 : Akan dikemaskini. Permohonan Rayuan BRIM 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Cara Semak Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018 Lulus Atau Tidak

Status permohonan semakan BR1M dan rayuan BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah-kaedah semakan seperti berikut.

1. Semakan BR1M 2018 Online

Langkah pertama adalah melayari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M. Cara-caranya adalah seperti berikut :-

  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan : hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123
  3. Klik butang Log Masuk
  4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.
  5. Pemohon wajib menjawab dua (2) soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.
  6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon
  7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

Semakan Status MyBR1M

Setelah berjaya mengkases MyBR1M

  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan
  3. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

Senarai Status Permohonan Yang Terpapar

Selepas membuat semakan, berikut diantara status yang terpapar :-

  1. Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan : Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya
  6. Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim BR1M yang ditanya, sila rujuk di Panduan MyBR1M.

2. Semak Status Melalui e-Mail

Makluman mengenai status permohonan akan boleh dihantar melalui  e-mel  berdasarkan  alamat  e-mel  yang  dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus  tidak lulus. Pemohon juga boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk mengetahui status permohonan/ rayuan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan di dalam email.

3. Melalui POS

Surat  makluman  yang  akan  dicetak  dan  diposkan  kepada pemohon.

4. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

5. Hadir Ke Pejabat

Pemohon boleh hadir  sendiri  ke  Cawangan  LHDNM  /  PKH  LHDNM  /  UTC LHDNM.

6. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran

Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan BRIM Melalui Appplikasi Mobile

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan.
  6. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan
  7. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Borang Rayuan BR1M 2017

  • Rayuan tahun 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas makluman Portal Rasmi e-BR1M

Tahun 2017, Menurut Portal Rasmi e-BR1M, Permohonan Rayuan boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori penerima bantuan. Tarikh sebenar/ rasmi boleh dirujuk di Jadual Pembayaran BR1M tahun 2018.

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

  • Jumlah Bantuan RM450

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018
  • Kedua : RM300 : Jun 2018
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018
  • Kedua : RM400 : Jun 2018
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018

Syarat Kelayakan BR1M 2018

    1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
    3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
    4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
    5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

    Salinan Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang BR1M 2018 adalah meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-

    1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
    2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Senarai Bank Untuk Pembayaran BR1M 2018

BIL NAMA BANK
1 AFFIN BANK
2 AGRO BANK
3 ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4 AM BANK BERHAD
5 AL RAJHI BANK
6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7 BANK RAKYAT
8 MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9 BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10 CIMB BANK BERHAD
11 CITIBANK BERHAD
12 HONG LEONG BANK
13 HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14 MAYBANK
15 OCBC BANK
16 PUBLIC BANK BERHAD
17 RHB BANK BERHAD
18 STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19 UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Selamat membuat semakan BR1M 2018 (status permohonan dan rayuan) dan semoga anda berjaya. Kepada mereka yang berjaya dalam permohonan anda, gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah. Kredit Panduan Malaysia

3 Comments

  1. Saya terlupa membuat rayuan menghantar penyata bank di LHDN sehingga 31 Mei yg lepas untuk mendapat brim bagi fasa 2 bulan Jun ni. Boleh kah lagi saya membuat rayuan di cawangan LHDN?

  2. Selamat pagi tuan puan
    Saya Philomina Tanyea David a/p Albert Ruban. No kad pengenalan saya 850702-07-5092. Tuan puan, Saya belum masuk brim. Tahun sebelum saya ada dapat. Suami saya seorang kerja. Saya suri rumah sekarang. Tuan puan tolong dapatkan saya semula.
    Terima kasih.
    Philomina Lawrence.
    Kulaijaya Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*