Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017

Tarikh Pembayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2017. Perhatian buat mereka yang layak menerima bantuan persekolahan tahun 2017. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sekolah 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang layak akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Bermula dari tahun 2016, syarat penerima bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada pelajar di mana pendapatan isi rumah adalah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017
Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017 (RM100)

Bantuan Wang Persekolahan 2017 mampu dimaanfatkan buat lebih kurang 3.5 juta pelajar. Tarikh pembayaran akan dibuat pada tarikh sekitar bulan Januari 2017 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia. Objektif pemberian bantuan persekolahan adalah untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga pelajar.

  • Tarikh : Mulai 20 Januari 2017 (Tahun 2016 pada pertengahan Januari 2016 )
  • Jumlah Bantuan : RM100

Syarat Layak Menerima Bantuan Persekolahan

Berikut adalah syarat layak untuk pelajar dalam menerima bantuan persekolahan sesi 2017.

  1. Murid tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan pada sesi persekolahan 2017
  2. Warganegara Malaysia
  3. Murid bukan warganegara : salah seorang ibu bapa/ penjaga mestilah Warganegara Malaysia
  4. Keluarga dengan isi rumah berpendapatan kasar bulanan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak

Garis panduan bantuan awal khas persekolahan 2017 boleh dirujuk dalam PDF di KPM.

Kepada pelajar yang menerima bantuan persekolahan, sila gunakan bantuan yang diberikan dengan berhemah. Keadaan ekonomi dan kos sara hidup kini memerlukan kita sekeluarga berjimat cermat.

 

1 Comment

  1. Assalammualaikum maaf ye saya nak bertanya kenapa ye anak saya tak layak dapat bantuan sekolah rm 100 sedangkan suami sye gaji bwah dari rm3000 ke bawah sedangkan pelajar lain dah dapat saya nak tahu kenapa anak saya tak dapat adakah dia bagi. beperingkat atau macam mana

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*