Semakan Keputusan ILP ADTEC JMTI 2017 Online

Semakan Keputusan ILP Kemasukan ADTEC JMTI 2017 Online. Perhatian buat mereka yang telah membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2017 (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia)? Semakan Keputusan Tawaran ke ILJTM yang meliputi ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Selain Semakan Keputusan ILP ADTEC JMTI 2017 Online, pemohon boleh juga membuat semakan panggilan temuduga untuk kursus yang bertemuduga serta semakan rayuan. Untuk makluman, permohonan ILJTM online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai.

Semakan Keputusan ILP, ADTEC dan JMTI Online
Semakan Keputusan ILP

Semakan Keputusan ILP ADTEC JMTI 2017 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan/ tawaran ke ILJTM secara online.

Pengambilan Sesi Januari 2017

A. Semakan Temuduga

  1. Aplikasi Semakan Temuduga ini hanya untuk semakan pemohon yang telah memohon kursus bertemuduga (kursus bertanda #) di bawah Kategori Lepasan SPM dan Lepasan SKM / ST dalam Permohonan Online sahaja.
  2. Senarai Temuduga ini TIADA padanan data Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada JPK, Sijil Kekompetenan daripada ST dan Jabatan Pendaftaran Negara (bagi status warganegara). Oleh yang demikian, semua calon yang dipanggil untuk sesi temuduga ini masih WAJIB membawa semua dokumen/bukti berkaitan yang dinyatakan dalam surat panggilan ini.
  3. Untuk semakan kursus Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang (ADTEC Shah Alam) sila semak senarai nama anda di www.adtecsa.gov.my mulai 7 November 2016 (Isnin).

B. Semakan Keputusan Tawaran

  1. Tarikh semakan pada 8 Disember 2016 (Khamis) selepas jam 3.00 petang
  2. Sila Klik JTM atau SEMAKAN untuk semakan keputusan ILP, ADTEC & JMTI Online
  3. Applikasi semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut tarikh pengambilan Januari atau Julai
  4. Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
  5. Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul

C. Semakan Rayuan Permohonan

Selamat membuat semkan keputusan permohonan dan rayuan ke ILJTM sesi Januari 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILP, JMTI dan ADTEC yang dihajatkan.