Keputusan Kelayakan Piala Asia 2019 Skuad Harimau Malaysia. Berikut adalah Keputusan Kelayakan Piala Asia 2019 (AFC Asian Cup) yang mengandungi Jadual Dan Kedudukan perlawanan. Pasukan Malaysia atau skuad Harimau Malaysia telah diundi di Kumpulan B bersama pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan. Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018. Sebanyak 24 pasukan yang dibahagikan kepada enam kumpulan akan bersaing untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2019 di UAE.
Keputusan Kelayakan Piala Asia 2019 Jadual Dan Kedudukan
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kelayakan Piala Asia 2019 yang memaparkan Keputusan, Jadual Dan Kedudukan pasukan. 24 pasukan yang dibahagikan dalam 6 kumpulan (A hingga F : 4 pasukan setiap kumpulan) akan bersaing merebut 12 slot ke pusingan akhir di UAE.
[junkie-alert style=”green”] Pasukan yang layak ke pusingan akhir 2019 adalah Juara dan naib juara setiap kumpulan. [/junkie-alert]
Berikut adalah senarai kedudukan pasukan setelah undian dibuat pada 23 Januari 2017 beserta jadual perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan pasukan Malaysia.
sumber : AFC.com
Kumpulan A
- Kyrgyzstan, India, Myanmar & Macau
Kumpulan B
- Korea Utara, Hong Kong, Lubnan & MALAYSIA
Jadual Perlawanan
28 Mac 2017
- Korea Utara vs MALAYSIA
- Lubnan vs Hong Kong
13 Jun 2017
- Hong Kong vs Korea Utara
- MALAYSIA vs Lubnan
5 September 2017
- Korea Utara vs Lubnan
- MALAYSIA vs Hong Kong
10 Oktober 2017
- Hong Kong vs MALAYSIA
- Lubnan vs Korea Utara
14 November 2017
- Hong Kong vs Lubnan
- MALAYSIA vs Korea Utara
27 Mac 2018
- Korea Utara vs Hong Kong
- Lubnan vs MALAYSIA
Kumpulan C
- Jordan, Vietnam, Afghanistan & Kemboja
Kumpulan D
- Oman, Palestin, Maldives & Bhutan
Kumpulan E
- Bahrain, Turkmenistan, Taipei Cina & Singapura
Kumpulan F
- Filipina, Tajikistan, Yaman & Nepal
Selamat beraksi buat pasukan Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019. Semoga skuad Harimau Malaysia dapat layak ke pusingan akhir di UAE tahun 2019 nanti. Buat peminat bolasepak, jom sokong skuad negara dengan menghadiri perlawanan di stadium pada perlawanan nanti.

Be the first to comment