Borang Rayuan Tingkatan 6 2017 : Cara Merayu

Cara Membuat Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2017/ 2018. Download Borang Rayuan Tingkatan 6 2017? Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2017? Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2017/ 2018 telah diumumkan pada 16 April 2017. Pendaftaran pelajar adalah pada 2 Mei 2017. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan Tingkatan 6 2017 seperti yang dikongsikan di link di bawah ini.

Makluman Penting Tawaran Tingkatan 6 2017

  • Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017.
  • Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  • Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2017, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2018.

Borang Rayuan Tingkatan 6 2017

Muat Turun Borang Rayuan Tingkatan 6 2017

Untuk makluman, kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2017 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2016 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 16 April 2017. Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan membuat rayuan dan mengikuti panduan di link applikasi semakan tawaran mulai 16 April 2017.

  • Applikasi Semakan Tingkatan 6 Klik T6 2017
SEE ALSO  Cara Memelihara Alam Sekitar Terbaik

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2017

Berikut dikongsikan cara-cara membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2017 mengikut kategori pelajar/ jenis borang rayuan seperti berikut :-

1. Borang T6BKK

Ianya adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2016;
  • Sijil kelahiran;
  • Kad pengenalan/pasport;
  • Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

Nota

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
    Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan
  3. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik
  4. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
SEE ALSO  Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara

2. Borang T6BCP

T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2016;
  • Sijil kelahiran;
  • Kad pengenalan/ pasport;
  • Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Sijil-sijil persekolahan menengah.

Nota

Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017.

Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  • ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  • iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

SEE ALSO  Nota Sains Tingkatan 4 Bab 1 Penyiasatan Saintifik

3. Borang T6BRTJ

Ianya adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2017. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • i. Keputusan Peperiksaan SPM 2016
  • ii. Inventori Minat Kerjaya dan
  • iii. Dokumen yang berkaitan

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan belajar.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 9 Jun 2017.
  • Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam talian bermula 13 Jun 2017. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Borang Rayuan, Syarat Kemasukan Dan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6

Pelajar boleh memuat turun panduan rayuan, borang rayuan dalam PDF dan dokumen berikut sebagai panduan :-

  1. Syarat Am & Syarat Khas Jurusan
  2. Download Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2017 dalam PDF
  3. Soalan Lazim (FAQ)

Selamat membuat Rayuan Tingkatan 6 2017 dnegan menggunakan borang rayuan Tingkatan 6. Semoga anda berjaya memdapatkan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kelak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*