Borang Permohonan Biasiswa Selangorku 2017. Berita baik buat anak Negeri Selangor yang memerlukan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran pengajian tinggi. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa Selangorku 2017. Program khas ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Keutamaan pemberian adalah untuk pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik yang baik/ cemerlang.
Permohonan Biasiswa Selangorku 2017
Untuk makluman, berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan termasuk syarat akademaik, cara memohon dan link borang permohonan. Seramai 110 orang pelajar daripada UNISEL dan KUIS telah ditawarkan Biasiswa ini untuk pengambilan pertama pada Mac 2016.
Cara Memohon
Permohonan Biasiswa Selangorku 2017 akan dibuka bermula 19 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017 sebelum jam 4.00 petang ke :
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40503 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Borang Permohonan dalam PDF, sila klik Program Khas Biasiswa Selangorku 2017
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
| Syarat-Syarat Permohonan | Keterangan |
| Kelahiran | Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung. |
| Peringkat Pengajian | Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon) |
| Penajaan | Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja |
| Pencapaian Akademik | Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan |
| Tahun Pengajian | Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian. |
Syarat Akademik
| Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik |
| Ijazah Sarjana Muda Pertama | Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM. |
| Diploma | Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas. |
KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA
1. Yuran Pengajian
Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS.
2. Elaun Sara Diri
Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
Sumber : Portal Kerajaan Negeri Selangor
Selamat membuat permohonan Biasiswa Selangorku 2017 kepada pelajar yang berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini.
